A letter to PAS youth leaders
————————————
Assalamu’alaikum
وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ القلم:4
وقد حث النبي صلى اللّه عليه وسلم على حسن الخلق، والتمسك به، وجمع بين التقوى وحسن الخلق، فقال عليه الصلاة والسلام: { أكثر ما يدخل الناس الجنة، تقوى اللّه وحسن الخلق } رواه الترمذي والحاكم
Al fadhil para pemimpin pemuda PAS,
Berkenaan isu di atas, adalah amat tidak bijak budaya tersebut diteruskan oleh para ilmuan dan pejuang agama di Malaysia untuk membakar bendera-bendera mana-mana negara sekalipun terdapat manusia biadap di negara tersebut yang membuat kerja-kerja bodoh.
Sebagai contohnya, pembakaran bendera Sweden di hadapan kedutaan Sweden tempoh hari adalah perbuatan yang kurang bijak dan sia-sia kerana ianya tidak memberikan apa-apa kebaikan pun kepada orang Islam, samada di Malaysia, atau di Sweden atau di mana-mana pelusuk bumi Allah ini. Para ilmuan dan pejuang agama di Malaysia membakar bendera di sana, orang-orang Malaysia dan Islam di sini pula yang menjadi mangsanya. Disebabkan perbuatan bodoh tersebut, yang terhasil hanyalah menambah susah dan masalah kepada saudara seagama di sini. Untuk pengetahuan tuan-tuan semua, ramai pelajar Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam yang sekarang bermastautin di Sweden atas tujuan mencari ilmu yang inshaAllah akan digunakan untuk memberi khidmat kepada anak bangsa Melayu dan Islam di Malaysia yang mungkin generasi tersebut adalah terdiri dari anak-anak tuan-tuan juga. Jadi kami berharap, pihak tuan dapatlah sekiranya berfikir dua tiga empat atau lima kali sebelum bertindak. Semangat dan takbir hanyalah satu pembohongan jika ianya dilebihkan dari istighfar.
Ia benar, bantahan dan kutukan mesti dibuat, akan tetapi, biarlah bantahan yang dibuat itu berakhlak. Kami masyarakat Islam di sini juga telah membuat bantahan terhadap isu karikatur tersebut. Tuan-tuan di sana pun boleh berbuat demikian, tetapi tidaklah perlu sampai membakar bendera. Bendera bermakna satu negara, dan bukanlah keseluruhan orang di negara tersebut yang biadab dan membuat perkara-perkara bodoh.
Islam itu adalah akhlak. Dan sebagai pemimpin Islam, dalam apa jua perkara, akhlaklah juga yang perlu diutamakan.
Jazakumullah.
Semoga Allah mengampuni kami dan kamu, dan semoga Allah memberi hidayah kepada para pembenci Islam.
Terima kasih.
Ramadan Kareem =)
Oh what a rare occasion for this blog to hv a visitor hehe. Jazakillah and Ramadhan Mubarak to you too ^_^