Sheikh Sirri Saqti adalah seorang waliullah yang dilahirkan di Baghdad sekitar tahun 155 Hijriah. Beliau ialah bapa saudara cum guru kepada seorang lagi waliullah agong di baghdad Sheikh Junaid al Baghdadi. Beliau mempunyai perniagaan sendiri dan beliau tinggal di sebelah belakang kedainya. Antara hadapan kedai dan bahagian belakang tempat tinggalnya ada sehelai tirai dan di situlah beliau melaksanakan seribu rakaat sembahyang sunat setiap hari.
Beliau pernah berkata “Untuk beribadat dengan mengasingkan diri ialah orang yang mati, tetapi orang yang hidup ialah yang tinggal bercampur dengan manusia dan pada masa yang sama berzikir mengingati Allah”
Telah menjadi amalan Sheikh Sirri untuk melihat cermin setiap hari kerana khuatir mukanya bertambah hitam oleh dosa-dosa.
Beliau berkata “Seseorang sepatutnya beribadah sebanyak-banyaknya semasa ia masih muda, dan hendaklah menjauhkan diri daripada jiran-jiran yang kaya dan orang alim yang menjual ayat-ayat Allah untuk mendapatkan wang”
Posted by bijairimi